Namun dalam pada itu, ada pula segelintir yang mudah lupa akan barang berharga yang diperolehinya itu dan tidak mempedulikan perasaan orang yang telah memberinya. Itulah lumrah manusia.
Dalam pada itu, ada sesuatu lagi yang manusia lupa akan pemberian percuma. Ia sememangnya ada pada kita sama ada sedar atau tidak iaitu oksigen yang kita sedut, denyutan nadi, aliran darah yang tidak berhenti, kesemuanya diberi sejak lahir ke dunia hinggalah saat ini. Siapa yang memberinya? Ya, Allah s.w.t.
Kalaulah Allah s.w.t berkira dan charge segala yang disebutkan tadi kepada kita, nesyaca tidak terbayar oleh kita akan bil oksigen, bil denyutan nadi dan bil aliran darah.Lihatlah, Allah s.w.t. memberi sesuatu yang amat tinggi nilainya itu dengan percuma. Dan kita memerlukannya sepanjang hidup kita. Kalau tidak, maka kita diucapkan, "Inalillah wa inna ilaihi rojiuun."
Cuba fikirkan seketika, seandainya mata kita sakit, merah menyala, berair, dan sukar untuk dibuka khususnya selepas tidur panjang. Ketika sujud pula terasa hampir terkeluar biji mata dan sukar untuk melihat. Sudah tentu kita rasa amat tidak selesa. Bayangkan, kita menjadi gelabah apabila tidak dapat melihat untuk hanya beberapa minit.Apatah lagi jika nikmat penglihatan ditarik terus dan menjadi buta. Ketika itu barulah kita merasakan besarnya nikmat mata yang celik dikurniakan oleh Allah s.w.t. secara percuma. Itulah tanda kasih Allah s.w.t. kepada makhluknya yang bernama manusia walaupun sering kali manusia itu melupakan kasih Penciptanya Yang Maha Agong.
Lihatlah pula akan sekeliling kita di bumi yang terbentang luas ini, burung berkicau, ikan di laut, haiwan liar di hutan, serangga melata, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, hujan, cahaya matahari, udara, air sungai, api yang menyala. Semuanya itu saling memerlukan dan saling melengkapi. Perlu difahami bahawa setiap apa yang ada tidak dijadikan sia-sia oleh Allah s.w.t.Daripada situ juga terbitnya makanan, minuman, ubat-ubatan, sayur-sayuran dan segala sumber rezeki untuk kita melayari kehidupan di muka bumi ini. Semua dan segalanya dinikmati oleh kita yang bernama manusia. Demi Allah, kesemuanya juga adalah percuma.
Justeru segalanya yang kita miliki dan peroleh ini adalah tanda kasih Allah s.w.t. kepada hamba-Nya. Sebagai isyarat kita terima tanda kasih Allah s.w.t. itu, hendaklah kita bersyukur dengan syukur yang penuh. Juga, lengkapkan tanda kasih itu dengan menguatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dan meningkatkan ibadah serta menjauhi apa yang dilarang.
Ayuh kita bersujud kepada Allah s.w.t., zahir dan batin, atas cinta dan belas kaish sayang-Nya kepada kita yang lemah kerdil dan miskin tidak berdaya ini. ^_^

mcm kenal ja post nie...
ReplyDelete