Monday, October 24, 2011

Berbanggalah Wahai Wanita

Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Perlu tutup sana, tutup sini,
Cuba lihat budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tidak bising.
Perempuan. Stoking perlu pakai.
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.
Pasti menangis air mata darah, kerana tidak tahan bertutup semua.
Tetapi, perempuan sentiasa sabar. Tengah panas masih boleh lagi memakai jubah.
Hebatkan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit. Hendak pergi kelas pun susah.
Kalau boleh, masa tengah jalan merasakan hendak meraung kerana kesakitan.
Cuba lihat budak lelaki , mereka nampak gembira. Kadang-kadang setahun sekali pun susah dapat sakit, tetapi sekali sakit, merungut bagai tidak ingat dunia.
Tetapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, masih boleh tersenyum menyimpan kesakitan yang dialaminya.
Hebatkan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Hati ini Allah S.W.T jadikan sangat lembut.
Hati cepat sensitif.
Cuba lihat orang putus cinta. Kebiasaannya perempuan yang paling susah hendak lupa.
Lelaki selepas putus cinta cepat mencari pasangan baru.
Cuba pergi wayang tengok cerita Hindustan, siapa yang paling teruk menangis?
Perempuan bukan? Lelaki masih boleh ketawa.
Sungguh lembut hati perempuan. Tetapi dengan hati yang lembut itu perempuan dapat mengkagumkan lelaki. Hebat tidak perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Apabila hendak keluar ke mana-mana, sentiasa ketakutan. Kerana berita asyik-asyik keluar cerita orang kena rogol, kena culik.
Lelaki pukul dua pagi masih boleh keluar minum kopi tengok bola.
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Jika dirogol, perempuan disalahkan kata tidak jaga pakaian,
Apabila buang anak, perempuan disalahkan cakap berhati binatang,
Apabila buat salah sikit, kena marah dengan suami,
Apabila bising terlebih, kena label perempuan tidak sopan
Betapa susah hendak jadi perempuankan?
Disebabkan susahnya hendak jadi perempuan inilah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.
Mereka berkata, Allah S.W.T tidak adil.
Mengapa AllahS.W.T lebihkan lelaki?
Mengapa perempuan perlu dengar cakap suami?
Mengapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Walhal jadi perempuan itu sangatlah susah. Bak kata orang, hendak jaga sepuluh anak lelaki, tidak susah seperti menjaga seorang anak perempuan.
Disebabkan perasaan negatif pada Allah S.W.T ini, ramai perempuan di luar sana yang ditolak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun!'
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki. Mereka sanggup gadaikan diri mereka kerana percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.
Kasihan pada mereka bukan?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah S.W.T, mereka sanggup rosakkan diri mereka.
Mereka berkata mereka lakukan seperti itu kerana Allah S.W.T tidak adil.
Persoalannya sekarang,adakah benar Allah S.W.T tidak adil pada perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.
Tetapi, cuba ingat kembali, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa jika bukan pada kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami.
Tetapi, seorang anak lelaki perlu taat pada ibunya tiga kali lebih utama daripada ayahnya.
Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tetapi Allah itu sangat sayang pada perempuan.
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.
Jika paling banyak lelaki ada empat orang isteri.
Cuma ada empat orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu.
Tetapi perempuan, ditakdirkan ada lima belas orang anak lelaki.
Bermakna ada lima belas orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan itu.
Masya-Allah, hebatnya perempuan bukan?
Mengapa perempuan hebat?
Kerana kasih sayang Allah S.W.T yang menjadikan kita hebat!
Cuba didengari pula lagu-lagu yang berkumandang pada radio.
Banyak lagu berkaitan perempuan bukan?
Jarang kita dengar lagu berkaitan lelaki.
Sayang sungguh Allah S.W.T itu pada perempuan, hingga perempuan dikasihi seperti itu sekali di dunia ini.
Lihat pula apabila seorang lelaki berjaya.
Orang akan berkata, 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya.'
Kita tidak pernah dengar orang berkata, 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya.'
Sungguh hebat Allah S.W.T jadikan perempuan itu.
Masih tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Hakikatnya, Allah S.W.T terlampau adil pada perempuan.
Disebabkan susahnya hendak menjadi perempuan ini, perempuan senang hendak masuk syurga. Berdasarkan satu hadis :
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Oh perempuan, sedarlah.
Betapa sayangnya Allah S.W.T pada kita. Betapa cintanya Allah S.W.T  pada kita.
Tetapi, mengapa kita rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tidak berasas pada Allah S.W.T?
Allah S.W.T jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia.
Bayangkan, dunia yang besar ini, dunia yang cantik ini, kita jadi hiasannya.
Seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah.
Betapa ruginya kita sekiranya ditolak menjadi seindah-indah perhiasan dunia bukan?

Tuesday, October 18, 2011

Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan


Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tomakninah," katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Monday, October 17, 2011

Tanda Kasih

Seronoknya kalau dapat barang percuma, apatah lagi barang yangg diberi itu adalah barang yang sangat berharga dan merupakan keperluan..Yang memberi pula adalah daripada seseorang yang dkasihi, yang tentunya pemberian itu diingati sampai ke mati dan memberi kesan perhubungan yang mendalam... 

          Namun dalam pada itu, ada pula segelintir yang mudah lupa akan barang berharga yang diperolehinya itu dan tidak mempedulikan perasaan orang yang telah memberinya. Itulah lumrah manusia.
          
          Dalam pada itu, ada sesuatu lagi yang manusia lupa akan pemberian percuma. Ia sememangnya ada pada kita sama ada sedar atau tidak iaitu oksigen yang kita sedut, denyutan nadi, aliran darah yang tidak berhenti, kesemuanya diberi sejak lahir ke dunia hinggalah saat ini. Siapa yang memberinya? Ya, Allah s.w.t.
 
           Kalaulah Allah s.w.t berkira dan charge segala yang disebutkan tadi kepada kita, nesyaca tidak terbayar oleh kita akan bil oksigen, bil denyutan nadi dan bil aliran darah.


          Lihatlah, Allah s.w.t. memberi sesuatu yang amat tinggi nilainya itu dengan percuma. Dan kita memerlukannya sepanjang hidup kita. Kalau tidak, maka kita diucapkan, "Inalillah wa inna ilaihi rojiuun."


          Cuba fikirkan seketika, seandainya mata kita sakit, merah menyala,  berair, dan sukar untuk dibuka khususnya selepas tidur panjang. Ketika sujud pula terasa hampir terkeluar biji mata dan sukar untuk melihat. Sudah tentu kita rasa amat tidak selesa. Bayangkan, kita menjadi gelabah apabila tidak dapat melihat untuk hanya beberapa minit.




          Apatah lagi jika nikmat penglihatan ditarik terus dan menjadi buta. Ketika itu barulah kita merasakan besarnya nikmat mata yang celik dikurniakan oleh Allah s.w.t. secara percuma. Itulah tanda kasih Allah s.w.t. kepada makhluknya yang bernama manusia walaupun sering kali manusia itu melupakan kasih Penciptanya Yang Maha Agong.



         Lihatlah pula akan sekeliling kita di bumi yang terbentang luas ini, burung berkicau, ikan di laut, haiwan liar di hutan, serangga melata, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, hujan, cahaya matahari, udara, air sungai, api yang menyala. Semuanya itu saling memerlukan dan saling melengkapi. Perlu difahami bahawa setiap apa yang ada tidak dijadikan sia-sia oleh Allah s.w.t.


         Daripada situ juga terbitnya makanan, minuman, ubat-ubatan, sayur-sayuran dan segala sumber rezeki untuk kita melayari kehidupan di muka bumi ini. Semua dan segalanya dinikmati oleh kita yang bernama manusia. Demi Allah, kesemuanya juga adalah percuma.


         Justeru segalanya yang kita miliki dan peroleh ini adalah tanda kasih Allah s.w.t. kepada hamba-Nya. Sebagai isyarat kita terima tanda kasih Allah s.w.t. itu, hendaklah kita bersyukur dengan syukur yang penuh. Juga, lengkapkan tanda kasih itu dengan menguatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dan meningkatkan ibadah serta menjauhi apa yang dilarang.


         Ayuh kita bersujud kepada Allah s.w.t., zahir dan batin, atas cinta dan belas kaish sayang-Nya kepada kita yang lemah kerdil dan miskin tidak berdaya ini.  ^_^

Thursday, October 13, 2011

Wanita

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Thursday, October 6, 2011

Hantaran Kawen

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :
  • UPSR/PMR/SRP : RM1000-RM3000
  • SPM : RM3000-RM8000
  • STPM/DIPLOMA : RM8000-RM12000
  • DEGREE/IJAZAH/BACHELOR : RM12000-RM15000
  • 2ND DEGREE/MASTER : RM15000-RM20000
  • PHD : RM20000-RM30000
***TETAPI YANG DEGREE KE ATAS KALAU TAK PANDAI "MASAK" AUTOMATIC AKAN DI TOLAK 50% DARIPADA NILAI BIDAAN*** -Sumber BERNAMA-

Monday, October 3, 2011

Beza Perempuan Muslim Dan Non Muslim

Lelaki kristian : kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?
Lelaki muslim : tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye , Lalu salah satu darinya dibukakn bungkusanya , kemudian dia melemparkan kedua gula 2 itu ke atas lantai ..la lu bertanya kpd lelaki kristian

"Antara kedua -duan ya mana satu yg kamu akan pilih?
Lelaki kristian : sudah tentulah yang masih dalam bungkusan
Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa. :)

New Thing

blaja2.... tiap2 minggu da ja bnda baru blajo..... hahahahahahaha

Sunday, October 2, 2011

Best

1st time da laptop sndiri... pergh... hampir 24jam bkak... >.< meletop kang laptop ni gak.... huhu... best sgt... mcm2 nk explore lg ni.... blum puas lg... btw.. ini ja aku nk ckapkn arini.. :D